Bagaimana harus kita meneruskan
Percintaan yang terluka masa lalu
Andainya kau sendirian dan kau masih lagi mencariku
Disini aku menantimu
Kenangilah saat indah kau dan aku
Waktu itu hidup kita romantisnya
Kita pun berlari lari mengejar ombak dipantai kasih
Akhirnya aku kau tinggalkan
Sejarah cintaku yang lalu
Oh hanyalah ujian bagiku
Sekiranya kau perlukan aku
Kumasih ada disini
Seandainya aku tiada lagi
Simpanlah cintaku didada mu
Oh sayang
Cuba kau ingat kembali masa lalu
Kasihku teguh buat mu walau ku terluka
Namun kubersabar dan masih menyayangi
Andainya kau ada yang lain waktu ini apalah daya ku lagi
Terpaksa lah aku membawa diriku dan hanya Tuhan saja yang mengerti
Cuba kau ingat kembali masa lalu
Kasihku teguh buat mu walau ku terluka
Namun kubersabar dan masih menyayangi
Andainya kau ada yang lain waktu ini apalah daya ku lagi
Terpaksa lah aku membawa diriku dan hanya Tuhan saja yang mengerti
Kalau ku mengelamun sendirian
Berderai air mata dipipi ku
Kerana terlalu pilunya hati
Kau pergi dariku tanpa pesan
Disudut hatiku yang terluka ini
Terpahat namamu kau lah kekasih (kau lah kekasih)