Timur barat selatan hingga utara
Setiap saat tiap ketika
Mecari tak berputus asa kumelangkah
Terasa dekat boleh disentuh
Namun hakikatnya kau terlalu jauh
Engkau yang penyayang
Pemaaf pengasih
Berkali engkau kukecewakan
Ku tetap tak sesisih
Kau bagiku bagai gerbang yang sentiasa terbuka
Sabar dan tenang menanti setiap ketika
Kalau pun kau mara tidak ketara
Aku terus lupa hadirmu di Persia
Tidakku sedari diammu gunung berapi
Tiba-tiba sahaja meledak membinasakan semua
Tiada lagi buatku gerbang terbuka
Kesalan kuterlewat tiba
Kau bagiku bagai gerbang yang sentiasa terbuka
Sabar dan tenang menanti setiap ketika
Kalau pun mara tidak ketara
Aku terus lupa hadirmu di Persia
Tidakku sedari diammu gunung berapi
Tiba-tiba sahaja meledak membinasakan semua
Tiada lagi buatku gerbang terbuka
Kesalan kuterlewat tiba
Aku kini perahu tidak berdayung
Ingin kau kudekati kusentuh
Namun hakikatnya kau jauh