Apakah cinta kita
Telah di rencana
Demi kerana dendam
Ingin kau membalasnya padamu
Harta aku tak bisa
Aku miskin hina
Terpaksaku sepikan rasa
Keranamu ku pasrah segalanya
Ku madahkan kisah
Dianyam puisi indah
Tak terkumit bibirku
Untuk menyatakannya
Ku bina teratak kasih
Namun dilumpuri fitnah kebendaan
Aku tiada mahligai emas
Seperti yang kau gambarkan
Aku kelam suasa
Tidak terbanding kilau permata
Hanyalah ada seluhur kasih
Anggun bertakhta selamanya
Ku madahkan kisah
Dianyam puisi indah
Tak terkumit bibirku
Untuk menyatakannya
Ku bina teratak kasih
Namun dilumpuri fitnah kebendaan
Aku tiada mahligai emas
Seperti yang kau gambarkan
Inikah dikata lumrah
Cerita cinta berhelah
Mengapa aku yang terpilih
Kecewa dan tersisih kerna kekasih