Berapa jauh harus kembara
Hingga bisa temu jawapan
Berapa lama mahu kecewa
Sebelum kita berjaya
Berapa puncak harus didaki
Hingga sampai hasrat di hati
Berapa kali mesti tersungkur
Sebelum sambung berlari
Cakera waktu
Deras bagai bersayap
Menggugat tekad semangat
Kita yang ingin mencari
Suatu kepastian
Walau tipis harapan menang
Namun kita mesti berjuang
Kerana tiada yang mustahil
Biarpun melastik ke bintang
Dengarkan teman
Jeritan sanubariku
Semoga bangkit kembali
Bersama kita menjulang
Impian silam
Dengarkan, dengarkan, dengarkan...
Melastik ke bintang
Biarpun melastik ke bintang, ke bintang