Pabila terpancar suria
Detik perjuanagan bermula
Keunggulan manusia
Entah di mana tahta
Pelbagai cara pilihan
Kau bebas penentu jalan
Pecah langkah pencarian
Mengikut hala pendirian
Diberi kau kesempatan
Tegak di atas garisan
Tapi ramai juga yang tumpang
Gelinciran
Jangan kau tidak mengerti
Kemurahan yang diberi
Apabila nanti murka
Segala milikmu akan sama
Apa juga pandangan
Itu satu tauladan
Pabila kau meragukan kutukan
Jejakan kakimu di landasan
Kerna lahirmu satu ciptaan
Andai kau tempa juga kutukan
Awas di hujung dunia pun
Kau pasti akan musnah
Fikirkanlah dan ertikanlah
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi dunia untuk kepulanganmu
Ya dunia untuk kepulanganmu